This is my daughter Sakinah's take on a book she'd been reading over the last couple of weeks. It is a new book by famous motivator Dr. H.M. Tuah Ismail entitled "Jangan Main-Main", published by Telaga Biru, Kuala Lumpur.
Read on...
Jangan Main-Main adalah salah satu siri buku motivasi dari Dr. HM Tuah Ismail, pakar motivasi yang terkenal di negara kita. Bahasa yang di gunakan ialah bahasa perbualan - bahasa santai. Penggunaan perkataan seperti ‘omputih’, ‘kecik’, ‘ambik’, ‘sabor’, ‘keluaq’, dan ‘kalo’ memudahkan pembacaan kita selain merasakan seolah-olah sedang berkaunseling terus dengan Dr. Tuah. Ilustrasi berbentuk komik juga di selitkan di setiap sketsa atau bab untuk membuang rasa bosan pembaca.
Matlamat utama buku ini adalah untuk memudahkan interaksi dengan pembaca seterusnya membantu pembaca menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Ini kerana bagi pakar motivasi ini, jarang ada manusia yang boleh menyelesaikan masalah, cabaran, dugaan dan segalanya tanpa bantuan dari orang lain.
Setiap bab dalam buku ini di sampaikan dalam bentuk penceritaan. Antara yang menarik di dalam buku ini adalah tentang semangat Awang. Awang adalah orang Melayu dan manusia pertama yang berlayar dari barat ke barat dan terus ke barat tanpa berpatah balik dan akhirnya sampai ke barat semula. Dia telah berjaya membuktikan bahawa bumi ini bulat.
Selain itu, pengarang juga banyak menceritakan pengalaman peribadinya sendiri untuk dijadikan pengajaran. Dan di akhir setiap bab akan diselitkan pengajaran dalam bentuk pantun atau ayat. Ia lebih kurang sebagai konklusi bagi bab tersebut.
Antara contoh nasihat pengarang di dalam buku ini ialah untuk memaksimumkan potensi pemikiran Emotional Quotient (EQ) berbanding IQ. Pemikiran EQ ini ialah cara kita mengawal emosi sendiri. Ini adalah penting terutama sekali bagi yang sudah melangkah ke alam pekerjaan supaya lebih bersikap profesional.
Buku ini amat menyeronokkan. Bahasa yang mesra pembaca dan cara penceritaan yang amat menarik. Ia adalah bahan bacaan yang ringan yang sesuai dibaca pada masa lapang.
2 comments:
pandainya sakinah buat review! ikut sapa agaknya!
reading books does make sense. a powerful tool towards self discovery. read this, from my sis in law's blog. i think the way you raise your family is very similar to her ways.
http://acciaccatura.wordpress.com/2007/04/18/bacalah-2/
Post a Comment