Sunday, April 11, 2010

Kembara Putrajaya hari ke-2

The driver and vehicle owner, Hj Razaob

The co-pilot and second driver, yours truly


Hari ini konvoi Kembara Putrajaya bertolak dari Gua Musang ke Kota Bahru. Perjalanan amat mencabar kerana jalan ini sibuk dek kerana petempatan di kiri-kanan jalan.

Hentian pertama hari ini adalah Maahad Tahfiz di Kg Lak Lo', Kuala Krai.

Konvoi tiba di Wakaf Che Yeh, Kota Bahru jam 12tgh untuk program bersama anak yatim dan ibu-ibu tunggal.

Selepas itu ke Maahad Tahfiz Daril Naim, suatu petempatan pondok untuk pelajar tahfiz. Di sini juga terdapat pondok-pondok yang disewa kepada mereka yang ingin tinggal bersama untuk mengaji ilmu agama.



No comments: