Friday, March 09, 2007

Adab Dalam Agama

Saya telah berpeluang membaca sebuah buku kecil bertajuk "Adab Dalam Agama" terbitan Pustaka Muda, Ipoh baru-baru ini. Tajuk asalnya dalam Bahasa Arab ialah Adab Fiddin dan ia adalah hasil tulisan hujjatul Islam Imam Al-Ghazali.

Kepada Al-Ghazali, kemuncak kesempurnaan akhlak dan sebaik-baik amalan utama ialah adab dalam agama.

Dalam Kata Pengantarnya penerbit mengingatkan kita bahawa "adablah yang telah menyatukan umat yang terpecah belah, yang menjadikan kebengisan, kekerasan dan kezaliman menjadi puncak kearifan, kehalusan dan keadilan".

Kandungan buku ini ditulis mengikut susunan beberapa adab. Antara yang menarik ialah "Adab Anak Kepada Orang Tua".

Menurut Al-Ghazali ada beberapa adab utama terhadap orang tua yang boleh diringkaskan seperti berikut:
  • Dengarkanlah perkataan orang tua dengan baik-baik
  • Jalankan dan taati perintah mereka selagi ia sesuai dengan syariat Allah
  • Datanglah lekas jika mereka memanggil
  • Rendahkanlah diri di hadapan mereka
  • Jangan merasa bosan berbakti dan menjalankan perintah mereka
  • Jangan memandang mereka dengan pandangan sebelah mata, dan
  • Jangan meninggikan suara di hadapan mereka.

Semoga Allah membersihkan hati kita, dan diberikannya kekuatan untuk menjaga adab di hadapan orang tua kita. Amin...

No comments:

AZMAN AHMAD TERMIZI: 12 Januari 1964 - 30 Julai 2022

  AZMAN AHMAD TERMIZI 12 Januari 1964 - 30 Julai 2022 Dearest Man.You were not only my beloved brother, but you were also my good friend. Th...