Friday, March 02, 2012

Law Kaana Bainana (Andainya KekasihMu Masih Berada Bersama Kami)




Andainya KekasihMu masih berada bersama-sama kami
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
Dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya 
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan KekasihMu.

Berada berhampiran Baginda jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda
Wahai Tuhan Yang Maha Memperkenankan doa.

Hidayahmu kepada alam merata meluas
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu wahai Kekasihku
Nabi Muhammad yang mulia yang asing
Berada berhampiranmu jiwa menjadi harum
Wahai yang diutuskan membawa RAHMAT kepada seluruh alam...



3 comments:

Anonymous said...

Tau tak siapa penyanyinya? Kami memang tengah cari .... Cik Yang dengar hari-hari lagu ni sebelum Al Hijrah mula siaran ...

Man

Azizi Ahmad Termizi: said...

Singer's name is Abdulrahman Mohammed. May he produce more lovely songs such as this.

Al-Manar said...

This is a beautiful song with very touching lyrics. It is a true joy for me to listen to it, in Arabic.

AZMAN AHMAD TERMIZI: 12 Januari 1964 - 30 Julai 2022

  AZMAN AHMAD TERMIZI 12 Januari 1964 - 30 Julai 2022 Dearest Man.You were not only my beloved brother, but you were also my good friend. Th...