When I read back some of Apak's old letters I can't help but notice some similarities between what was happening within our little family back then and things now. For example, my daughter Sakinah is a scout. She'd join campings and and trekking expditions that even some seemingly tough boys would fine hard to follow.
I was a scout too (for a short while) but I never had the toughness to endure campings in the outdoor. But now I know that Sakinah takes after my brother, Man, who was an avid scout himself.
Pejabat Pelajaran ,
Telok Anson.
15 hb. November 1980
Assalamualaikum w.b.r.
Anakenda Azizi yang dikasihi lagi dirindui, didoakan moga sihat dan selamat sejahtera serta dicapaikan segala cita-cita yang terkandung di dada.
Surat anakenda yang bertarikh 27hb. Oktober 1980 telah ayahenda terima pada 3/11 berserta dengan tiga keping gambar dan diucapkan terima kasih. Kalau boleh emaknya minta anakenda kirimkan gambar lagi.
Keluarga kita di T.A. semuanya sihat-sihat sahaja. Azman sibuk dengann hal pengakapnya. Tiap-tiap hujung minggu ada sahaja kegiatan yang diikutinya. Pada 10/11 yang lalu dia dan kawan-kawan pengakapnya berbasikal pergi ke Tapah. Minggu ini dia pergi camping selama dua malam dalam kawasan sekolahnya. Nampaknya minat benar dia dalam pergerakan pengakap ini. Sehingga ini ayahenda masih belum melihat Kad kemajuannya.
Azmi pula mula menduduki Pep. SPMnya pada 12/11 yang lalu (Lukisan). Bahasa Malaysianya mula pada 17/11. Peperiksaannya akan berakhir dalam minggu pertama bulan Disember. Tolong doakan moga-moga dia akan lulus edngan cemerlang pada kali ini. Azizah pula mendaftar untuk masuk ke Tingakatan Satu pada hari ini di S.M. Sultan Abdul Aziz. Azizul pula…lihatlah suratnya yang ayahenda kirimkan bersama-sama surat ini.
Pada 10/11 kami cuti am kerana Awal Muharram. Ayahenda, bonda dan adik-adik, kecuali Azman dan Azmi, telah telah balik ke Ipoh pada 8/11 dan tidor di Ipoh selama dua malam. Pada petang ini pula ayahenda, bonda, Zizah dan Chun akan balik ke Ipoh kerana kami akan mengadakan khenduri turun batu Allahyarham Tonya. Mak Ngah dan Pak Ngahnya telah balik ke Ipoh pada petang semalam.
Berkenaan dengan pemilihan Universiti yang anakenda buat itu, ayahenda berharap anakenda akan dapat masuk Universiti Manchester kerana Universiti ini dekat dengan Blackpool dan juga dekat dengan Liverpool tempat Maktab ayahenda dulu. Pada tahun 1957 dulu ayahenda pernah melawat Universiti Manchester ini dan mengadakan perlawanan bolasepak dengan penuntut-penuntutnya. Ayahenda juga berharap biarlah anakenda masuk mana-mana Universiti, kalau boleh. Ini semuanya bergantung kepada keputusan Peperiksaan yang akan anakenda hadapi. Oleh itu cobalah dengan penuh dayausaha yang boleh.
Bersama-sama ini ayahenda kirimkan tiga keping gambar untuk tatapan anakenda. Dua keping diambil oleh Pak Ngahnya di rumah kita dan sekeping lagi itu diambil di Istana Raja Muda, T.A. pada 29hb. September yang lalu.
Sekian buat kali ini. Peluk cium dari ayahenda, bonda dan adik-adik semua.
Ayahenda
This letter below was attached together with Apak’s letter sent on 15 November 1980. Chun was only in Primary School, Standard 1.
yop yang dirindui.
apak suruh cun tulis surat ini kepada yop. kata apak kalau cun sudah pandai tulis surat bolehlah Cun selalu tulis surat kepada yop.
dalam peperiksaan akhir tahun 1980 Cun dapat nombor 3 dalam kelas dan nombor 7 dalam darjah. apak Hadiahkan Cun satu album setem. harap yop dapat kirim setem banyak-banyak kepada Cun. cikgu Cun hadiah kan cun satu kotak pensil.
apak suruh Cun belajar kuat-kuat pada tahun depan. mak hadiahkan Cun tiga ringgit.
sekian di maklum kan.
adik yop yang
tinggal di Malaysia
Cun