Thursday, July 28, 2011
Surat Man, 15 Januari 1981
My brother, Azman, is THE scribe in the family.
From schooling days it was already obvious that he was very expressive, and had a way with words. And it showed through his many letters to me when I was away in England. Each letter would be filled with little stories and news and his views of what's happening around him.
Here is a sample.
AZMAN
15 JANUARY 1981
FRIDAY
Menemui Yop semoga berada di dalam keadaan sihat dan riang selalu.
Terlebih dahulu Man pohon maaf kepada Yop kerana tidak pernah menulis surat kepada Yop. Man telah bercadang menulis kepada Yop semenjak 2 minggu yang lalu tetapi Man memang tidak punya masa langsung...kerja-kerja sekolah terlalu banyak dan cikgu juga tak putus-putus memberi nota yang ditaipnya untuk dibaca di rumah. Hari ini Jumaat dan esok cuti, boleh lah luangkan sikit masa. Man cuti hingga Monday kerana Monday ialah hari cuti Maulud Nabi. Walau bagaimanapun homework tetap banyak.
Tahun ini Man telah dilantik menjadi bendahari kelas Man, dan bagi Man ini adalah satu lagi sebab yang membuat masa Man sentiasa penuh, kena kutip duit dan kira tak renti-renti, takut hilang. Yang payahnya duit syiling banyak sangat. Duit-duit itu semua dikumpul untuk membeli barang-barang keperluan kelas yang di luar bekalan pihak sekolah seperti alas meja, barang-barang hiasan kelas dan yang utamanya untuk membeli majalah-majalah untuk dijadikan bahan rujukan seperti Mastika, Aktual, Dewan Masyarakat dan banyak lagi.
Man akan mengambil SPM hujung tahun ini dan tentu sekali punya cita-cita untuk maju dan berjaya dengan keputusan yang membanggakan. Nasihat Yop dengan panjang lebar diperlukan...kalau boleh. Di sekolah sekarang Man sentiasa ada mood untuk belajar dan Man harap ini akan terus kekal. Man duduk depan meja guru di dalam kelas supaya fikiran sentiasa tertumpu kepada guru. Pada hari Khamis waktu persekolahan habis pukul 2.30, dan pada hari-hari lain pukul 1.50 kecuali Jumaat. Sampai di rumah tentulah makan dulu. Belah petang siapkan homework yang mudah dan sedikit, belah malam baru buat Maths atau Physics. Man sekarang ambil tuition Maths di bangunan SKOMK. Apak juga suruh Man ambil tuition BMalaysia. Man turut saja kata dia. Nyah sekarang nampaknya duk rumah saja. Belah petang dia tolong Mak jaga Azlina dan belah malam dia dengar rancangan dari FM Stereo.
Keputusan SRP tahun 1980 telahpun keluar dan ianya adalah lebih baik dari tahun-tahun dulu di mana 25 buah sekolah berjaya mendapat kelulusan 100% antaranya MCKayKay, STAR, Izzuddin Shah Ipoh, dan juga skolah lama Yop di Kangar.
Berita paling hangat di Malaysia ialah penyerahan diri Musa bin Ahmad, pengerusi Parti Komunis Malaya. Beliau telah dipujuk dan dibawa pulang dari Peking, China melalui sebuah operasi sulit di bawah Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Pertahanan Dalam Negeri.
Masa Man menulis surat ini, Apak, Emak dan Zizah sedang menonton tayangan gambar Melayu, cerita Harimau Berantai. Nyah sedang dalam bilek dengar radio dan Cun pula dah pun lelap. Dia tu makin nakal nampaknya tapi cerdik juga dan boleh hafal kali-kali 5 atau 6 setakat ini,
Sekian dulu dari Man untuk kali ini dan sambutlah salam sejahtera Man buat Yop.
dari
Azman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AZMAN AHMAD TERMIZI: 12 Januari 1964 - 30 Julai 2022
AZMAN AHMAD TERMIZI 12 Januari 1964 - 30 Julai 2022 Dearest Man.You were not only my beloved brother, but you were also my good friend. Th...
-
Buildings make up most of a city’s built-up area. When well-designed, even a single building is enough to stand out with its attractive app...
-
On the way back from Tg Malim, after sending Sakinah back to her polytechnic, we stopped over at the Sg Buloh plant nurseries located close ...
-
The word "Kirkby" may not ring a bell amongst most Malaysians. But in my family, everybody knows that this is where Atok, went to ...
1 comment:
Kasih keluarga.NJ
Post a Comment