AZMI A. TERMIZI
TK.ANSON
21 HB Mac 1980
Assalamualaikum.
Menemui kembali Yop dengan selamatnya. Apa khabar? Hendaknya Yop sentiasa berada di dalam suasana yang menggembirakan dan sihat-sihat selalu. Surat Yop yang bertarikh 26hb Feb. telah selamat Mi terima pada pagi 15hb Mac yang lalu.
Pagi itu, Emak, Apak dan Cun pergi ke Ipoh. Apak ada meeting. Man dan Zizah pergi ke sekolah.
Result M.C.E. Mi masih belum diumumkan lagi. Besar kemungkinan akhir bulan Mac ni, keluarlah. Sementara itu, result STP/HSC telah diumumkan pada 19hb Mac yang sudah. Setakat ni, Mi telahpun memperolehi 3 set borang permohonan dan buku panduan untuk kemasukan ke pusat pengajian tinggi iaitu dari ITM, UPM dan UTM. Mi ada juga minta dari UM, tapi belum dapat balasan lagi.
Tentang kaset yang Yop hantarkan tu, Mi terima pada 17hb Mac. Terima kasih Mi ucapkan. Ianya lewat 2 hari daripada surat Yop kerana “ditahan” untuk pemeriksaan Kastam.
Hari ni, 21hb Mac, perlawanan bolasepak pre-Olimpik bermula di k.L. Perlawanan ini ialah bagi kawasan Dua Asia. Dalam perlawanan pembukaannya, tadi, Mal. telah mengalahkan Indonesia 6-1.
Sekianlah saja untuk kali ini dan sambutlah salam hurmat dari kami semua.
Wassalam.
Yang ikhlas,
Azmi
*P.S. Kata-kata renungan untk dibuat pedoman:
(1) Dada adalah khazanah rahsia; kedua bibir adalah mangganya
dan lidah adalah anak kuncinya, setiap orang haruslah
menjaga anak kunci dan khazanah rahsianya. *
(2) Jika seseorang itu mengetahui kelemahan kita, dia pasti
dapat menguasai diri kita. *
2 comments:
1980.. Masa tu Yop baru masuk IKM..
Kalau rajin singgah baca blog Masjid Kg Kepayang;
http://masjid-al-khairiah.blogspot.com/
Post a Comment