Approaching Kuala Terengganu
Masjid Kuala Ibai (Masjid Terapong)
Hari ini konvoi Kembara Putrajaya bertolak dari kota Bahru ke Cherating melalui Tok Bali (tempat Sakinah menyertai PLKN).
Jarak perjalanan hari ini adalah yang paling jauh dalam sehari, iaitu sejauh 300km lebih dan saya menjadi pemandu - sangat memenatkan.
Konvoi menyusur pantai Terengganu yang indah sepanjang perjalanan. Di K Terengganu, kami berhenti di Masjid Terapong Kuala Ibai untuk lunch dan solat. Tiba Cherating jam 5.40 ptg.
Esok konvoi akan sambung perjalanan ke Kuantan dan Temerloh sebelum pulang ke Putrajaya.
Saya stay on di Kuantan untuk dua hari lagi bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan.
No comments:
Post a Comment